Friday, March 23, 2012
DIRIKU umpama RUMPUT
Kami ingin terus hidup dalam tarbiyahMu,
biarpun kami di cemuh, kami bertahan..
biarpun kami di caci, kami teruskan
Kami yakin pada yang satu,
Kami perpegang pada yang satu,
Iaitu LAILAHAILALLAH MUHAMMADURRASULLAH
Biarlah kami begini dan terus begini,
Kerna kami mengejar redhaMu,
Kami masih merangkak, kami masih tercari cari..
Mencari perjuangan yang suci.
Kami teruskan perjuangan mu ya Rasullah
Kami masih jahil dalam perjuangan ini,
Kadang kala, kami menipu diri ini,
Kadang kala kami tenggelam ke kolam dosa,
Dan bangkit semula, kembali pada yang Esa..
Kerna kami manusia biasa,
~Kami sentiasa berdoa pada sedara seislam,
agar sama-sama kembali padaMu..
Walaupun sedara Islam kami mencemuh dan menghina..
kami tetap sayangkan mereka, kerna mereka umat Muhammad saw..
Kami akan tetap bersama mereka, menasihati mereka,
walaupun diri kami belum sempurna..
kerna itu tanda KASIH SAYANG kami ~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


Subhanallah ya ukhti...nice.. ana suka post ni...lama tak berhubung dengan arra..sihat ke?
ReplyDelete