awak awak, iloveyou

Tuesday, January 10, 2012

Kisah Ayat Ayat Cinta

Salamua'alik ya Sohabati...
Alhamdulilah, bersyukur kerana masih diberi kesempatan bernafas untuk mengabdikan diri padaNya. Diberi peluang untuk terus bertaubat dan beramal ibadat.

Amal ibadat ditingkatkan agar iman juga meningkat. Selimuti lah hati mu hari mu hidup mu dengan ayat ayat cinta dari Allah swt. Ayat ayat cinta yang akan membawa hatimu merasa ketenangan di sangat gelisah. Malah, ayat -ayat cinta ini juga akan memberi syafaat kepadamu. tapi mengapa Kau tidak sedari?? Mengapa kau membiarkannya diselimuti habuk habuk?? Mengapa kau tidak mencintainya? Mengapa Mengapa Mengapa?

Andai saja Dia bisa berbicara dan menangis!andai kau tahu kebaikannya,! ku pasti kau akan membacanya malah mencintainya. Ayuh sahabat! ayuh! marilah bersamaku bersama mencari redhaNya.

Ini adalah kisah kebaikan AYAT AYAT CINTA

Rasulullah saw bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini ...supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,

"Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga."

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah saw bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.

No comments:

Post a Comment