Di pagi yang redup dan sayu.. ana coretkan lagi kisah hidup ana di sini. Ku lihat awan kebiruan, membuat hati tenang. Hari demi hari, detik demi detik, kini telah tiba saatnya.. Saat ku berjihad di medan perang.. Walaupun sudah 2 kali ana masuk dewan peperiksaan.. tapi getaran nya masih terasa untuk kali yang ketiga ini. Perasaan bercampur baur.. ya Robbi.. tenangkan jiwa hambamu ini.. Bermula tanggal 14 November 2011, kejayaan akan terbina dengan hasil usaha,doa dan tawakal ku pada Mu.
Semoga segala urusan dipermudahkan... dilapangkan dada dan fikiranku.. terbuka pintu pintu rahmat buat ku... Ku letakkan takdir dan harapan ku padamu ya Rahmann. hanya kau yang memahami hati setiap hambaMu.. Akan ku berjihad kerana mu ya Rahim.. LAILAHAILLALLAH...
Bismillahirramanirahim,... ya Allah ya Qayyum ya Rahim.. Kau permudahkanlah urusan kami. lapangkan dada dan hati hati kami.. bukakanlah pintu rahmatMu saat kami berjihad.. jauhkan kami dari perasaan was was.. tuntun kan hati kami, agar menulis jawapan yang benar dan jauhkan kami dari bisikan syaitan. Allahumma amenn.


No comments:
Post a Comment