awak awak, iloveyou

Saturday, October 1, 2011

HARI RIANG dan SEDIH

Assalamua'laikumm,

Dengan Nama Allah yang Pemurah lagi Maha Penyayang,

Hari riang dan sedih ini berlaku pada 30 September 2011, macam-macam kejadian yang berlaku pada hari tersebut. Kami sebagai penghuni asrama, diminta untuk bergotong-royong. Semua berpakaian sukan yang comel sangat.. Semua bergerak ke destinasi yang telah ditetapkan mengikut blok masing-masing. Kerja bermula.. 

Bermacam-macam ragam ku lihat, keindahan di pagi hari membuat keadaan  menjadi tenang. Melihat senyum tawa MEREKA membuat ku gembira. Melihat keluhan MEREKA membuat ku rimas. KAMI bergembira,ketawa dan ketawa. Sungguh riang kelihatan, membuang segala keresahan dan kegelisahan, ya Allah, sungguh ku merasa nikmat berkasih sayang. Ku bersyukur atas nikmat ini.. Tapi ku fikir sejenak adakah ikatan ini akan berkekalan? atau sekadar di SINI sahaja. Aku mula takut dan sedih . Takut aku melukai hati MEREKA, takut terguris. Tapi ku tepis perasaan ini. Ku buang jauh perasaan ini.Ku berdoa agar berkekalan ke akhirnya.

MOMENT

















No comments:

Post a Comment